Langkah kerajaan bagi menubuhkan Jabatan Audit Negara adalah bertujuan untuk meningkatkan kewibawaan dan integriti pegawai-pegawai kerajaan dalam membelanjakan peruntukan kewangan. Hasilnya, ekonomi negara kini semakin berkembang pesat kerana kredibiliti kerajaan di dalam mentadbir negara. Seperti sedia maklum, kebanyakan kakitangan kerajaan hari ini majoriti besar di dalam pentadbiran adalah terdiri daripada kaum melayu. Biarpun kita bangga setelah 50 tahun kemerdekaan yang kita kecapi, hari ini negara bergerak pantas ke era pembangunan ke arah negara maju yang rata-rata pengurusan dan pentadbiran negara ini adalah ditadbir dari kalangan kaum melayu.
Namun hari ini, kecemerlangan pentadbiran itu digugat dan dirampas dengan rakus oleh dasar kerajaan melalui audit negara yang bernafsu mencari kesilapan pegawai-pegawai kerajaan bagi memenuhi ‘key performance index’ untuk menunjukkan bahawa kononnya mereka ini menjalankan tugas dengan cemerlang. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, seolah-olah Orang Melayu tidak berintegriti, rasuah dan gagal dalam pentadbiran dan mencerminkan bahawa seolah-olah kerajaan membenarkan imej, maruah bangsa melayu ini dipandang serong oleh bangsa lain.
Jelas dibuktikan melalui laporan audit negara yang dibentangkan dengan rakus dan terbuka melalui saluran media seperti televisyen, radio, surat khabar dan laman sesawang. Ini menjadikan pegawai-pegawai kerajaan hari ini tidak berdaya saing, hanya menjalankan urusan pejabat daripada mengelola program-program besar yang boleh mendatangkan impak positif kepada negara kerana ianya dirasakan lebih selamat berbanding memerah minda dan tenaga bagi menjayakan sesuatu program. Namun, hasilnya terpaksa menjawab soalan-soalan audit yang tidak relevan dari pegawai audit yang turut dirasakan mereka ini tidak bertauliah!
Disebalik tujuan positif menubuhkan audit negara, namun implementasi terhadap sesuatu isu audit kewangan dilihat sangat lemah dan tidak berintegriti di mana audit negara dijadikan sebagai kambing hitam dengan niat untuk menjatuhkan individu-individu tertentu. Sebagai contohnya, seperti apa yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), pihak audit dalam KBS telah menjalankan pengauditan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2011, 2012 dan 2013.
Adalah menjadi kesangsian apakah niat sebenar pengauditan dijalankan bagi program tersebut yang dirakumkan sekali untuk jangka masa 3 tahun. Jika benar audit yang dijalankan adalah dengan tujuan penambahbaikkan, sewajarnya audit sepatutnya dilakukan pada setiap tahun penganjuran. Ini membolehkan kesilapan pengurusan kewangan tidak berulang pada tahun berikutnya. Menjadi tanda tanya mengapakah perkara sedemikian berlaku? Sedangkan Si Rokiah, Ketua Audit dalam KBS adalah merupakan jawatankuasa sambutan Hari Belia Negara.
Dengar cerita KBS bawa pegawai Audit Dalam pergi bercuti ke Korea dan Palembang sebagai balasan di atas ketaatan mereka menjalankan kerja audit di KBS. Rasanya tidak relevan audit dalam dibawaprodalam dibawa program ke Korea dan Palembang, tiada kena mengena dengan tugas dan keperluan. Kecenderungan untuk merangkumkan pengauditan bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 adalah dengan jelas menunjukkan niat JAHAT untuk menjatukan individu tertentu daripada bertujuan untuk memperbaiki kelemahan.
Malangnya, hasil cipta terpelihara audit dalam ini terus dibawa kepada pemerhatian audit negara sedangkan sewajarnya perkara ini diperbincangkan terlebih dahulu bersama pegawai-pegawai yang terlibat di KBS. Lebih malang lagi, audit negara MENCIPLAK hasil pengauditan dalam KBS seolah-olah ianya adalah milik audit negara. Dan menjadi lebih-lebih malang lagi, laporan audit yang dirangkumkan selama 3 tahun itu dikeluarkan dengan memakai baju audit negara!
Adalah menjadi kemusykilan adakah pegawai audit negara benar-benar berintegriti di dalam menjalankan pengurusan pengauditan? Mengapakah audit negara mengambil laporan ini sedangkan pihak audit dalam KBS tidak membentangkan terlebih dahulu di peringkat dalaman bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang diajukan? Atau audit negara membenarkan tangan-tangan iblis mengarahkan pegawai-pegawai audit ini bertindak mengikut kemahuan tangan iblis daripada menjalankan tugasan secara beretika dan profesional?
Adakah sebenarnya pihak audit tidak berpuas hati apabila PAC memaklumkan bahawa tiada kepincangan sewaktu pengurusan Hari Belia Negara 2012 yang diumumkan di parlimen tempoh hari? Adalah menjadi harapan persoalan-persoalan ini dapat dirungkaikan dan dijawab dengan penuh etika dan berintegriti oleh Ketua Audit Negara kerana semua pegawai kerajaan memerlukan jawapan di atas tindakan pegawai-pegawai di Jabatan Audit Negara. Sebagai contoh semasa jawapan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kepada PAC di Parlimen tempoh hari jelas terpampar riak ketidakpuasan hati dan berasa malu yang ditunjukkan dari raut wajah Ketua Audit Negara di atas kesilapan BODOH yang dilakukan oleh pegawainya yang ditangkis oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Agak menghairankan setelah jawapan yang dikeluarkan oleh PAC, namun masih ada lagi pengauditan dijalankan bagi sambutan Hari Belia Negara 2012. Adakah pihak audit telah menjalankan proses pengauditan sebanyak 2 KALI? Ini bermaksud pihak audit mempunyai DENDAM dan tetap mahu menjatuhkan individu tertentu walaupun PAC iaitu organisasi yang tertinggi di dalam memastikan integriti penggunaan wang kerajaan, telah pun menjelaskan bahawa tiada kepincangan malahan menggalakkan program sedemikian diteruskan pada masa depan. Adalah diharapkan kepincangan integriti Jabatan Audit Negara ini jika boleh diadili pula oleh PAC pada masa akan datang.
Sebagai makluman, ketidakwajaran dan pencemaran integriti terus dilakukan oleh pegawai di Jabatan Audit Negara apabila laporan audit kewangan Hari Belia Negara 2011, 2012 dan 2013 yang masih belum diperbincangkan di peringkat dalaman KBS telah dihantar ke SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM). Jabatan Audit Negara telah menjadikan SPRM pula sebagai KAMBING HITAM bagi memudahkan tugas mereka. Pegawai SPRM pula terpaksa menjalankan siasatan yang kebanyakan persoalan dalam laporan tersebut adalah tidak sahih. Implikasinya, pegawai-pegawai kerajaan hanya akan membuang masa dan menjadi tidak produktif.
Terdapat beberapa program bertaraf antarabangsa yang dikendalikan di bawah KBS sejak sekian lama seperti Monsoon Cup dan LTdL tetapi mengapakah Hari Belia Negara yang menjadi pilihan? Adakah kerana apabila menteri dan KSU terdahulu telah keluar dari KBS maka ini adalah waktu yang sesuai untuk tangan-tangan iblis di KBS mencaturkan pegawai-pegawai audit bagi mencari kesalahan? Perkara ini boleh dijadikan iktibar oleh kerajaan Malaysia khasnya, kerana kementerian-kementerian yang lain juga boleh menerima nasib yang sama apabila organisasi kerajaan yang ditubuhkan boleh dijadikan kambing hitam.
Kepada Jabatan Audit Negara, jalankanlah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan secara beretika dan berintegriti. Jangan biarkan organisasi ini diperkotak-katikkan kerana amanah dan tanggungjawab yang diberikan amatlah besar. Jangan jadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Ingatlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya ini adalah lebih makbul. InsyaAllah....
Cc: Tun Dr Mahathir Mohamad, PMO, Naib Presiden Umno, KJ, KSU-KSU Kementerian dan PAC.