Thursday 8 May 2014

HANGAT DAN HANGIT - ROMBAKAN KABINET KHAIRY TERPELANTING?



Desas desus berita terkini nampaknya sang menteri idola anak muda ni khabarnya akan dicampak dari kbs ke sebuah kementerian baru. Khabarnyalah. 

Dalam menyusun kembali kabinet yang akan menerima kembali MCA dalam pentadbiran kerajaan, khairy yang tidak disenangi oleh banyak pihak di atas keceluparannya khabarnya akan di freeze atau di monitor oleh kepimpinan Najib di sebuah kementerian lain hanya sebagai Timbalan Menteri. Khabarnyalah. Kemungkinan besar di kementerian pelajaran atau Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan khairy dalam kabinet kerajaan kini yang menjangkau setahun lamanya gagal memberi impak yang diharapkan. Lebih banyak kontroversi berbanding prestasi cemerlang dituai dalam sukan mahupun program-program belia.

Lihat saja kegagalan parlimen belia. Ditangguhkan tidak bertarikh. Entah bila anak muda akan berpeluang memiliki "parlimen" mereka sendiri? Dah berapa kali nak tangguh YB?

Bagaimana pula dengan program Youth Fellowship? Gagal juga bukan? Masakan peserta yang konon-kononnya pelajar terhebat yang terpilih adalah dari kalangan penyokong tegar DAP DAN PKR? Macam mana  boleh "terlepas pandang"? Sedangkan mereka-mereka ini ditempatkan di setiap kementerian dengan menteri sebagai mentor mereka.

Khabarnya, mantan timbalan menteri kbs akan dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh.  Tidak dapat dipastikan juga khabar ini betul atau bohong.

Dari segi politik, sepanjang PRK yang berlangsung pada hujung 2013 dan awal 2014, tidak ternampak langsung tanda2 peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN. Yang ketara, longgokan gambar2 selfie si menteri yang sesetengahnya kelihatan syok sendiri dan memualkan.

Itu belum mengambilkira portfolio menteri serba guna yang dilabelkan kerana sentiasa "mendahului" membuat kenyataan kepada isu-isu yang dengan jelas adalah di bawah port folio menteri lain.

Khabarnya juga, khairy termalu dan menyimpan dendam dengan sebilangan pegawai di kementeriannya gara-gara terlalu cepat melatah dan membuat kenyataan. Lihat saja isu kpop yang hangat dibincangkan sehingga mantan menteri kbs terpaksa menawarkan diri kepada PAC untuk disoal siasat. Kenyataan khairy berhubung isu kpop ini telah memberikan gambaran yang amat negatif oleh rakyat kepada kerajaan.

Hanya satu kelebihan atau kebaikan khairy yang dapat "dipuji" selama setahun di kbs. Apa dia? Entahlah, ini tidak berapa pasti. Tetapi dari sembang-sembang kedai kopi sekitar putrajaya khabarnya penganjuran festival belia putrajaya kali ini membawa perubahan yang amat besar. Apa dia? Menurut seorang teman yang menghadiri satu mesyuarat festival tersebut, buat pertama kali kbs akan menggunakan tenaga asing (mat saleh) untuk mengendalikan festival tersebut. Udah le cakap inggerisnya susah difahami (slang mana ntah), kemudian team-team penganjur (perunding) pun majoritinya bukan Melayu. 

Macam-macam hal....

P/s : Nanti nak cari kenalan lama di kbs nak korek2 sikit apa yang boleh. Hehehe...
TUNGGU....



Friday 2 May 2014

KJ KANTOI!!! kahkahkah......... MANA MAU SOROK MUKA KAU BAH?



Saya merujuk tulisan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertajuk "Who is to be blamed for Selangor Water Woes?".

Beliau dengan cemerlang memasukkan sebahagian fakta sambil tidak mempedulikan sebahagian fakta lain, mengakibatkan pembaca percaya kerajaan Selangor sahaja yang mesti dipersalahkan berkaitan krisis air ini.

Pertama, saya menyatakan kekurangan bekalan air semasa adalah disebabkan perubahan corak hujan akibat perubahan iklim. Oleh itu, sementara ramalan kerajaan persekutuan pada 2010 nampaknya sedang menjadi nyata krisis air akan berlaku pada 2014, punca kepada krisis ini bukan pertumbuhan permintaan seperti yang diramal kerajaan persekutuan.

Berdasarkan trend pertumbuhan permintaan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya pada waktu itu Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk memuaskan permintaan sehingga 2019. Walaupun beliau mungkin membuat kesilapan dengan tidak mengambil kira risiko cuaca (perubahan corak hujan tahun ini berlaku kali pertama dalam sejarah), kerajaan persekutuan mesti berhenti berkelakuan seolah-olah berkata 'kan kami dah cakap' hanya kerana ia secara kebetulan, benar dalam ramalannya tentang krisis air.

Kedua, Khairy menunjukkan keengganan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membenarkan Syabas menaikkan tarif air menyebabkan Syabas hilang keuntungan untuk mengurangkan non-revenue water (NRW). Saya ingin mengingatkan Khairy walaupun tanpa kenaikan tarif air, tarif air Selangor sudah pun menjadi yang kedua tertinggi di negara ini. Faktor sebenar kenapa Syabas gagal mengurangkan NRW ialah kerana salah guna dana rakyat.

Ketiga, Khairy dan menteri-menteri Barisan Nasional mendakwa jika Langat 2 disiapkan, kita akan dapat menghindarkan krisis air. Saya mahu ingatkan Khairy kalau pun kerajaan negeri meluluskan projek Langat 2, paling awal pun loji tersebut boleh berfungsi ialah 2015. Bagaimana itu boleh menyelesaikan krisis air sekarang?

Tambahan pula, Khairy dengan mudahnya mengabaikan fakta rangkaian saliran air di Lembah Klang adalah tidak bersambung sesama sendiri akibat pelaburan rendah terhadap sistem perpaipan selama bertahun-tahun oleh Syabas. Sekarang, masalah terbesar kita ialah kekurangan air di Sungai Selangor, yang membekalkan 60% air untuk Lembah Klang. Langat 2 secara geografinya jauh dengan Sungai Selangor. Dengan grid air yang begitu caca marba sekarang, kalau pun Langat 2 siap sepenuhnya sekarang, Syabas tidak akan mampu untuk menyalurkan air kepada pengguna yang terkesan dengan kekurangan air di Sungai Selangor. (Itu sebabnya kenapa kelulusan Langat 2 harus hadir bersama pengambilalihan aset air.)

Keempat, Khairy dengan bangganya menyebut demi rakyat, kerajaan persekutuan memberi pampasan kepada Syabas dengan mengambil alih bonnya bernilai RM6.2 bilion dan menyuntik dana berjumlah RM400 juta untuk operasi dan penyelenggaraan. Tetapi bagaimanakah langkah masuk campur ini membantu Syabas mengurangkan NRW? Khairy nampaknya lupa walaupun langkah intervensi diambil secara berulang kali oleh kerajaan persekutuan, rangkaian saliran Syabas masih berselerak seperti dahulu dan NRW masih berada sekitar 33% seperti 2007.

Malah, sebenarnya disebabkan kerajaan persekutuan berulang kali memberi bantuan kewangan kepada syarikat konsesi berprestasi rendah yang membolehkan mereka berulang kali menolak tawaran kerajaan negeri untuk mengambil alih aset air.

Saya juga mahu mengingatkan Khairy ini adalah kali pertama sejak lima tahun, kerajaan persekutuan rela menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air untuk membenarkan pengambilalihan secara paksa terhadap syarikat konsesi air. Jadi sekarang, siapa yang patut dipersalahkan kerana melengahkan penstrukturan semula air?

Akhir sekali, Khairy menyifatkan perjanjian air yang ditandatangani dalam MoU terbaru ini, sebagai perjanjian yang baik untuk Selangor memandangkan kerajaan persekutuan akan menyediakan RM9.65 bilion untuk mengambil alih syarikat-syarikat air.

Beliau mengabaikan satu lagi fakta penting di bawah pelan penstrukturan semula air yang asal, kerajaan persekutuan akan membeli aset air daripada negeri dan syarikat-syarikat konsesi. Ia dilakukan di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.

Cumanya di Selangor, kami memohon supaya operasi aset air diletakkan di bawah syarikat GLS Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berbanding GLC kerajaan persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Oleh itu, saya tidak melihat bagaimana aturan sebegini akan membuat pembayaran kerajaan persekutuan bagi aset air lebih baik berbanding negeri lain.

Secara keseluruhan, kita boleh terus berbahas sampai ke malam siapa yang harus dipersalahkan tentang krisis air Selangor dan kita tidak akan mencapai kata sepakat. Saya percaya daripada kita menuduh sesama sendiri, kita harus menumpukan perhatian kepada cara untuk bersedia menghadapi musim kemarau yang akan tiba, dijangka lebih serius tahun ini.

Mengenai pengurusan air jangka panjang, saya berharap supaya syarikat konsesi air, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan mencapai penyelesaian secara baik secepat mungkin supaya kita boleh memulakan penstrukturan semula air di Lembah Klang.

Jika Khairy benar-benar runsing tentang kebajikan rakyat Selangor, saya harap beliau boleh menggunakan kapasitinya sebagai menteri untuk mendesak kerajaan persekutuan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan negeri tanpa mempedulikan perbezaan politik dalam hal pengurusan krisis air jangka pendek dan penstrukturan semula air jangka panjang. – 30 April, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/lima-kesilapan-khairy-tentang-krisis-air-selangor-yeo-bee-yin

Tuesday 7 January 2014

OOOO....Inilah Sebab Tun Mahathir Menyampah Sangat Dengan Khairy (VIDEO) @KhairyKJ

Patutlah dulu Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad benci sangat dengan bebudak tingkat 4 yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, mungkin sebelum ni ramai diantara kita tak faham mengapalah Tun M begitu meluat dengan KJ, yerlah KJ kan budak cerdik dari Oxford, pasal apa Tun M sesuka hati jer nak membenci KJ?. Adakah Tun M iri hati dengan kecerdikkan yang dimiliki oleh KJ ?



Benarlah kata orang Tun M ni seorang pemimpin berpandangan jauh, apa yang baru hari ini kita nampak dah lama dah Tun M nampak. Antaranya ialah mengenai KJ, kita tak nafikan kecerdikkan KJ yang didakwa oleh banyak pihak itu, dan kita akui KJ juga seorang pemidato yang hebat. Namun itu semua bukanlah satu keperluan utama untuk menjadi seseorang pemimpin, kalau setakat berpidato saja hebat, apa kurangnya Anwar Ibrahim ? Anwar lagi hebat!. Kenapa Umno tak ambil saja Anwar jadi pemimpin ?

Oleh demikian maka barulah kita sedar apa maksud orang tua makan garam dulu, salah satu bukti kewajaran Tun M membenci KJ adalah kerana KJ terlalu mementingkan diri sendiri lebih daripada parti mahupun agama, bangsa dan negara, KJ sanggup mempertaruhkan masa depan parti demi cita-citanya, lihat saja Biro Media Baru, makhluk spesis apakah yang dilantik oleh KJ mengepalai biro tersebut?. Apa kelayakkan Ibdillah Ishak untuk mengetuai biro berkaitan ? Cukupkah sekadar hanya menjadi balaci kepada KJ untuk diangkat mengepalai biro cyber parti ?



Ibdillah Ishak ! Seorang yang tidak punyai pengalaman mengenai selok belok dalam peperangan maya, dilantik sebagai pengerusi BMB hanya kerana hubungan baiknya dengan KJ bukan kerana kepakaran beliau dalam bidang berkenaan, kami tidak bermaksud memperkecilkan kebolehan beliau, tapi kami ingin menyatakan hakikatnya yang sebenar demi kelangsungan perjuangan Umno diruang maya yaitu satu ruang yang sangat penting dan wajib dikuasai oleh UmnoBN kerana ruang maya antara penyumbang kepada kalah menang sesebuah parti didalam Pilihanraya.

Tapi sungguh malang bagi sebuah parti jika punyai pemimpin cerdik seperti KJ, cerdiknya bakal mengjahanamkan parti, melantik sesiapa saja yang rapat dengan beliau untuk mengepalai sesuatu kepentingan parti adalah sikap yang terlalu biadap bagi seorang pemimpin, sikap seperti ini tidak patut ada pada seseorang pemimpin, seharusnya beliau perlu melihat kepentingan parti itu jauh lebih penting dari kepentingan diri sendiri.

KJ boleh diibaratkan sebagai seorang pemimpin yang hanya celupar mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti semata-mata, sebaliknya tiada sebarang hasil dari kenyataan yang dibuat. Jika dianalisis dari semua kenyataan yang dibuat oleh KJ bermulanya beliau menyertai dunia politik, hampir 95 peratus kenyataan yang pernah dibuat itu hanyalah bersifat retorik. Kenyataan beliau kononnya seolah-olah berpihak kepada rakyat sekaligus sering bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh parti ataupun kerajaan hanyalah untuk popularkan diri dan tidak lebih dari itu.

Maka tidak hairanlah jika KJ berpendirian mengekalkan Pengerusi BMB lantikkan beliau itu biarpun sedar ciri-ciri individu itu bakal mengjahanamkan UmnoBN, bagaimanapun pendiriannya itu bakal ditentang habis-habisan kalaupun terpaksa berpihak kepada pembangkang.... Anda Mampu Mengubahnya.

Belakang parang jika diasah lagikan tajam!!!


Gua Cilok Dari Blog Gelombang Kick