Desas desus berita terkini nampaknya sang menteri idola anak muda ni khabarnya akan dicampak dari kbs ke sebuah kementerian baru. Khabarnyalah.
Dalam menyusun kembali kabinet yang akan menerima kembali MCA dalam pentadbiran kerajaan, khairy yang tidak disenangi oleh banyak pihak di atas keceluparannya khabarnya akan di freeze atau di monitor oleh kepimpinan Najib di sebuah kementerian lain hanya sebagai Timbalan Menteri. Khabarnyalah. Kemungkinan besar di kementerian pelajaran atau Jabatan Perdana Menteri.
Pelantikan khairy dalam kabinet kerajaan kini yang menjangkau setahun lamanya gagal memberi impak yang diharapkan. Lebih banyak kontroversi berbanding prestasi cemerlang dituai dalam sukan mahupun program-program belia.
Lihat saja kegagalan parlimen belia. Ditangguhkan tidak bertarikh. Entah bila anak muda akan berpeluang memiliki "parlimen" mereka sendiri? Dah berapa kali nak tangguh YB?
Bagaimana pula dengan program Youth Fellowship? Gagal juga bukan? Masakan peserta yang konon-kononnya pelajar terhebat yang terpilih adalah dari kalangan penyokong tegar DAP DAN PKR? Macam mana boleh "terlepas pandang"? Sedangkan mereka-mereka ini ditempatkan di setiap kementerian dengan menteri sebagai mentor mereka.
Khabarnya, mantan timbalan menteri kbs akan dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Tidak dapat dipastikan juga khabar ini betul atau bohong.
Dari segi politik, sepanjang PRK yang berlangsung pada hujung 2013 dan awal 2014, tidak ternampak langsung tanda2 peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN. Yang ketara, longgokan gambar2 selfie si menteri yang sesetengahnya kelihatan syok sendiri dan memualkan.
Itu belum mengambilkira portfolio menteri serba guna yang dilabelkan kerana sentiasa "mendahului" membuat kenyataan kepada isu-isu yang dengan jelas adalah di bawah port folio menteri lain.
Khabarnya juga, khairy termalu dan menyimpan dendam dengan sebilangan pegawai di kementeriannya gara-gara terlalu cepat melatah dan membuat kenyataan. Lihat saja isu kpop yang hangat dibincangkan sehingga mantan menteri kbs terpaksa menawarkan diri kepada PAC untuk disoal siasat. Kenyataan khairy berhubung isu kpop ini telah memberikan gambaran yang amat negatif oleh rakyat kepada kerajaan.
Hanya satu kelebihan atau kebaikan khairy yang dapat "dipuji" selama setahun di kbs. Apa dia? Entahlah, ini tidak berapa pasti. Tetapi dari sembang-sembang kedai kopi sekitar putrajaya khabarnya penganjuran festival belia putrajaya kali ini membawa perubahan yang amat besar. Apa dia? Menurut seorang teman yang menghadiri satu mesyuarat festival tersebut, buat pertama kali kbs akan menggunakan tenaga asing (mat saleh) untuk mengendalikan festival tersebut. Udah le cakap inggerisnya susah difahami (slang mana ntah), kemudian team-team penganjur (perunding) pun majoritinya bukan Melayu.
Macam-macam hal....
P/s : Nanti nak cari kenalan lama di kbs nak korek2 sikit apa yang boleh. Hehehe...
TUNGGU....
No comments:
Post a Comment