Bukan
sekali dua, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 25, buat perangai dan
mencabar undang-undang negara ini. Bahkan mereka pernah dipanggil untuk
memberi keterangan di Bukit Aman. Singapura dan universiti tempat mereka
belajar telah bertindak, namun di Malaysia mereka masih bebas lepas dan
mereka untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa sedikit pun takut dengan undang-undang mahupun penguatkuasa undang-undang.
Pasangan tersebut berasakan mereka sudah terlalu kebal dan tidak dapat disentuh oleh sesiapa pun. Apatah lagi, di belakang mereka terdapat ahli-ahli politik yang hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan bagi membuktikan kononnya mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu mengajar rakyat negara ini agar berfikiran sama seperti mereka.
Apa sangatlah dengan video dan budaya seks liar, kalau dibandingkan dengan RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA, kata mereka. Justeru, dosa Alvin Tan dan Vivian Lee kepada masyarakat negara ini, tidaklah sebesar mana sehingga memerlukan mereka dihukum.
Ekoran penyebaran gambar makan BAK KUT TEH bersama-sama ucapan SELAMAT BERBUKA PUASA yang dilihat bermotifkan penghinaan terhadap agama Islam, banyak pihak yang melakukan tekanan terhadap pasangan berkenaan. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pelbagai golongan termasuklah dari masyarakat Cina dan India walaupun tiada seorang pun daripada mereka adalah dari DAP atau PKR.
Pasangan berkenaan cuba bertahan dengan penghinaan yang dilakukan terhadap umat Islam dan amalan Islam sehinggalah apabila akaun Facebook mereka dibatalkan. Namun sebagai manusia yang tidak tahu diuntung, pasangan tersebut sekali lagi menyeranah semua pihak yang telah menyebabkan akaun Facebook mereka dibatalkan oleh pengendali laman sosial tersebut.
Telah kecoh yang SKMM akan memanggil kedua-duanya untuk memberi keterangan berhubung penghinaan yang telah dibuat. Namun ramai yang melihat tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk memenuhi protokol semata-mata tanpa sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka. Apatah lagi dengan status sebagai BANGSA CINA di Malaysia, Alvin dan Vivian pastinya akan bebas dan terlepas daripada sebarang tindakan.
Lainlah kalau Alvin dan Vivian tu bernama Ahmad dan Aminah, mereka mungkin tidak akan bebas lama kerana yang menanti mereka adalah tindakan undang-undang.
Penghinaan terhadap Islam dan orang Melayu-Bumiputera seakan-akan sudah menjadi pesta bulanan. Ada-ada sahaja cara dan kaedah yang digunakan untuk memalukan dan memperlekehkan Melayu-Bumiputera dari paling utara Perlis sehinggalah ke bahagian paling utara Sabah. Puak-puak berkenaan sentiasa mempunyai idea-idea besar untuk melakukan provokasi.
Kemudian, apabila mereka dalam keadaan tertekan, mereka akan meminta maaf. Melayu dan Bumiputera di negara ini, dengan cepat memaafkan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan itu, ada pula Melayu-Bumiputera yang bersungguh-sungguh pula membela dan menekankan tentang perlunya melupakan perbuatan jahat dan khianat puak-puak berkenaan.
Kalaupun bukan mereka yang mengulanginya, akan ada individu yang sebangsa dan seagama dengan mereka mengulangi semula perbuatan menghina Islam dan Melayu-Bumiputera. Sekali lagi Melayu-Islam dan penganut Islam di negara ini melompat-lompat marah. Dan individu-individu berkenaan akan meminta maaf sebelum ada rakan-rakannya yang lain mengulangi pula perbuatannya.
Itulah yang berlaku. Umat Islam di negara ini, hanya mampu marah dan mengkritik dasar kerajaan yang terlalu memanjakan dan memuakan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Umat Islam dan orang Melayu-Bumiputera hanya mampu melihat dan kemudian menelan segala kemarahan walaupun pada masa yang sama, puak-puak seperti Alvin dan Vivian ketawa terkekeh-kekeh kerana kebejatan Melayu-Bumiputera untuk mengambil tindakan sewajarnya setelah pihak berkuasa dan kerajaan gagal.
Yang pastinya, seperti ramai yang menduga, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap pasangan berkenaan.

Sumber
No comments:
Post a Comment