Friday, 23 August 2013

HOTTEST... KHAIRY JAMALUDDIN KANTOI MENIPU UNTUK CEPAT POPULAR #MENTERIBUNGARAYA




Khairy Jamaluddin dibidas kerana cuba memberi harapan palsu apabila mengumumkan kabinet bersetuju membatalkan cadangan menggunakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan jemaah menteri membatalkan CCRIS adalah seperti memberi harapan palsu walaupun sebenarnya apa yang dilaporkan media arus perdana adalah jemaah menteri menangguhkan pelaksaan sistem itu.

“Ia adalah satu salah faham yang tidak patut berlaku bagaimana seorang menteri boleh menyampaikan maklumat salah, jadi beliau harus segera tampil jelaskan adakah kabinet sebenarnya mahu ia ditangguh atau dibatal,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Oleh itu, tegas Rafizi, KEADILAN tidak akan berhenti berjuang mengenai ini sehingga mendapat kepastian, CCRIS tidak akan digunakan terhadap peminjam PTPTN.

Sebelum itu, Khairy melalui laman Facebook miliknya mengumumkan kabinet membatalkan cadangan menggunakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN.

“Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

“Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda,” kata Khairy laman sosial miliknya.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.

- MPP Online

KHAIRY JAMALUDDIN JANGAN BUAT DOSA KALI KEDUA, GANTI SEGERA UNGKU SALLEH




Salam raya, agaknya ramai lagi yang sibuk beraya dan yang menjadi mangsa keadaan adalah orang seperti i yang meniaga perniagaan spa ni. Mungkin ramai yang dah berhabis wang ringgit nak beraya dan lepas raya mereka berjimat. Takpa lah.. disebabkan itu, i sentiasa akan ada cerita untuk u all semua. 

So, cerita i hari ni pasal seorang pemimpin hebat di Negeri Selangor... Selangor oh Selangor, nampaknya negeri ini tidak pernah terlepas daripada kontroversi memalukan membabitkan ahli politik.. baik dari Menteri Besarnya yang tertido ketika ditemubual pemberita, hingga ke seorang pemimpin politik yang membelasah anak sendiri dan isterinya hingga cedera dan disabit kesalahan di Mahkamah baru-baru ini. 





Gila kan budak ni?? tapi itulah kisahnya seorang kaki pukul yang juga adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal yang didakwa membelasah ahli keluarganya kerana dikatakan ada kaitan dengan kisah kecurangannya.

i sebenarnya memang pantang pasal pukul-pukul wanita ni sebab i pun wanita dani dapat rasakan betapa sakitnya bila kita dianiaya seperti itu hanya kerana tidak menurut arahan untuk memenuhi nafsu syaitannya.

Berbalik kepada cerita, Ungku Salleh yang terkenal dengan sifat panas barannya memang sarat dengan masalah. Beliau pernah didakwa melarikan wang peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada semua ketua pemuda di Selangor bagi tujuan penganjuran program.

Ungku Salleh sekali lagi melakukan kesilapan serupa apabila didakwa tidak telus kerana hanya menyerahkan sebahagian sahaja wang peruntukan piliharanya kepada ketua-ketua pemuda di Selangor. Disebabkan tindakan Ungku Salleh itu, kebanyakkan pemuda di bahagian berdepan masalah bagi menggerakkan jentera. 

Dalam sejarah kewujudan pemuda UMNO Selangor. Ramai mengakui bahawa pemuda UMNO Selangor di bawah kepimpinan Ungku Salleh adalah yang terburuk sekali. Ungku Salleh bukan pemimpin yang baik kerana tidak menjalankan tugas sebagai ketua pemuda sewajarnya. 

Tiada program dan rancangan dari otak beliau bagi menggerakkan jentera pemuda dalam menghadapi PRU-13 baru-baru ini.

Justeru itu, tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang melantik Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda Selangor adalah dosa besar tidak terampun terhadap rakyat Selangor khasnya ahli pemuda.

ibukannya nak menyibuk tetapi memandangkan Ungku Salleh sedang didakwa di mahkamah kerana membelasah ahli keluarganya. Maka secara automatik-nya, jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor telah kosong.

Kekosongan itu perlu diisi dengan segera!

Inilah peluang dan harapan baru untuk pemuda UMNO Selangor.

i berharap Khairy Jamaluddin jangan mengulangi dan menghampakan hasrat Pemuda UMNO Selangor. Lantiklah seorang pemimpin baru bagi memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor yang telah kosong.

Dan dengan penuh harapan yang tinggi menjulang i amat berharap agar yang akan dilantik itu nanti bukanlah dari kalangan kaki pukul bini macam Ketua Pemuda UMNO Selangor ini.

- B2BSPA