Tuesday, 7 January 2014

OOOO....Inilah Sebab Tun Mahathir Menyampah Sangat Dengan Khairy (VIDEO) @KhairyKJ

Patutlah dulu Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad benci sangat dengan bebudak tingkat 4 yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, mungkin sebelum ni ramai diantara kita tak faham mengapalah Tun M begitu meluat dengan KJ, yerlah KJ kan budak cerdik dari Oxford, pasal apa Tun M sesuka hati jer nak membenci KJ?. Adakah Tun M iri hati dengan kecerdikkan yang dimiliki oleh KJ ?



Benarlah kata orang Tun M ni seorang pemimpin berpandangan jauh, apa yang baru hari ini kita nampak dah lama dah Tun M nampak. Antaranya ialah mengenai KJ, kita tak nafikan kecerdikkan KJ yang didakwa oleh banyak pihak itu, dan kita akui KJ juga seorang pemidato yang hebat. Namun itu semua bukanlah satu keperluan utama untuk menjadi seseorang pemimpin, kalau setakat berpidato saja hebat, apa kurangnya Anwar Ibrahim ? Anwar lagi hebat!. Kenapa Umno tak ambil saja Anwar jadi pemimpin ?

Oleh demikian maka barulah kita sedar apa maksud orang tua makan garam dulu, salah satu bukti kewajaran Tun M membenci KJ adalah kerana KJ terlalu mementingkan diri sendiri lebih daripada parti mahupun agama, bangsa dan negara, KJ sanggup mempertaruhkan masa depan parti demi cita-citanya, lihat saja Biro Media Baru, makhluk spesis apakah yang dilantik oleh KJ mengepalai biro tersebut?. Apa kelayakkan Ibdillah Ishak untuk mengetuai biro berkaitan ? Cukupkah sekadar hanya menjadi balaci kepada KJ untuk diangkat mengepalai biro cyber parti ?



Ibdillah Ishak ! Seorang yang tidak punyai pengalaman mengenai selok belok dalam peperangan maya, dilantik sebagai pengerusi BMB hanya kerana hubungan baiknya dengan KJ bukan kerana kepakaran beliau dalam bidang berkenaan, kami tidak bermaksud memperkecilkan kebolehan beliau, tapi kami ingin menyatakan hakikatnya yang sebenar demi kelangsungan perjuangan Umno diruang maya yaitu satu ruang yang sangat penting dan wajib dikuasai oleh UmnoBN kerana ruang maya antara penyumbang kepada kalah menang sesebuah parti didalam Pilihanraya.

Tapi sungguh malang bagi sebuah parti jika punyai pemimpin cerdik seperti KJ, cerdiknya bakal mengjahanamkan parti, melantik sesiapa saja yang rapat dengan beliau untuk mengepalai sesuatu kepentingan parti adalah sikap yang terlalu biadap bagi seorang pemimpin, sikap seperti ini tidak patut ada pada seseorang pemimpin, seharusnya beliau perlu melihat kepentingan parti itu jauh lebih penting dari kepentingan diri sendiri.

KJ boleh diibaratkan sebagai seorang pemimpin yang hanya celupar mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti semata-mata, sebaliknya tiada sebarang hasil dari kenyataan yang dibuat. Jika dianalisis dari semua kenyataan yang dibuat oleh KJ bermulanya beliau menyertai dunia politik, hampir 95 peratus kenyataan yang pernah dibuat itu hanyalah bersifat retorik. Kenyataan beliau kononnya seolah-olah berpihak kepada rakyat sekaligus sering bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh parti ataupun kerajaan hanyalah untuk popularkan diri dan tidak lebih dari itu.

Maka tidak hairanlah jika KJ berpendirian mengekalkan Pengerusi BMB lantikkan beliau itu biarpun sedar ciri-ciri individu itu bakal mengjahanamkan UmnoBN, bagaimanapun pendiriannya itu bakal ditentang habis-habisan kalaupun terpaksa berpihak kepada pembangkang.... Anda Mampu Mengubahnya.

Belakang parang jika diasah lagikan tajam!!!


Gua Cilok Dari Blog Gelombang Kick

Friday, 29 November 2013

ISU K-POP - Ada Pemimpin Dapat "Tidur Bersama" Selepas Persembahan?





Langkah kerajaan bagi menubuhkan Jabatan Audit Negara adalah bertujuan untuk meningkatkan kewibawaan dan integriti pegawai-pegawai kerajaan dalam membelanjakan peruntukan kewangan. Hasilnya, ekonomi negara kini semakin berkembang pesat kerana kredibiliti kerajaan di dalam mentadbir negara. Seperti sedia maklum, kebanyakan kakitangan kerajaan hari ini majoriti besar di dalam pentadbiran adalah terdiri daripada kaum melayu. Biarpun kita bangga setelah 50 tahun kemerdekaan yang kita kecapi, hari ini negara bergerak pantas ke era pembangunan ke arah negara maju yang rata-rata pengurusan dan pentadbiran negara ini adalah ditadbir dari kalangan kaum melayu. 




Namun hari ini, kecemerlangan pentadbiran itu digugat dan dirampas dengan rakus oleh dasar kerajaan melalui audit negara yang bernafsu mencari kesilapan pegawai-pegawai kerajaan bagi memenuhi ‘key performance index’ untuk menunjukkan bahawa kononnya mereka ini menjalankan tugas dengan cemerlang. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, seolah-olah Orang Melayu tidak berintegriti, rasuah dan gagal dalam pentadbiran dan mencerminkan bahawa seolah-olah kerajaan membenarkan imej, maruah bangsa melayu ini dipandang serong oleh bangsa lain. 

Jelas dibuktikan melalui laporan audit negara yang dibentangkan dengan rakus dan terbuka melalui saluran media seperti televisyen, radio, surat khabar dan laman sesawang. Ini menjadikan pegawai-pegawai kerajaan hari ini tidak berdaya saing, hanya menjalankan urusan pejabat daripada mengelola program-program besar yang boleh mendatangkan impak positif kepada negara kerana ianya dirasakan lebih selamat berbanding memerah minda dan tenaga bagi menjayakan sesuatu program. Namun, hasilnya terpaksa menjawab soalan-soalan audit yang tidak relevan dari pegawai audit yang turut dirasakan mereka ini tidak bertauliah!

Disebalik tujuan positif menubuhkan audit negara, namun implementasi terhadap sesuatu isu audit kewangan dilihat sangat lemah dan tidak berintegriti di mana audit negara dijadikan sebagai kambing hitam dengan niat untuk menjatuhkan individu-individu tertentu. Sebagai contohnya, seperti apa yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), pihak audit dalam KBS telah menjalankan pengauditan Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2011, 2012 dan 2013. 

Adalah menjadi kesangsian apakah niat sebenar pengauditan dijalankan bagi program tersebut yang dirakumkan sekali untuk jangka masa 3 tahun. Jika benar audit yang dijalankan adalah dengan tujuan penambahbaikkan, sewajarnya audit sepatutnya dilakukan pada setiap tahun penganjuran. Ini membolehkan kesilapan pengurusan kewangan tidak berulang pada tahun berikutnya. Menjadi tanda tanya mengapakah perkara sedemikian berlaku? Sedangkan Si Rokiah, Ketua Audit dalam KBS adalah merupakan jawatankuasa sambutan Hari Belia Negara. 

Dengar cerita KBS bawa pegawai Audit Dalam pergi bercuti ke Korea dan Palembang sebagai balasan di atas ketaatan mereka menjalankan kerja audit di KBS. Rasanya tidak relevan audit dalam dibawaprodalam dibawa program ke Korea dan Palembang, tiada kena mengena dengan tugas dan keperluan. Kecenderungan untuk merangkumkan pengauditan bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 adalah dengan jelas menunjukkan niat JAHAT untuk menjatukan individu tertentu daripada bertujuan untuk memperbaiki kelemahan.

Malangnya, hasil cipta terpelihara audit dalam ini terus dibawa kepada pemerhatian audit negara sedangkan sewajarnya perkara ini diperbincangkan terlebih dahulu bersama pegawai-pegawai yang terlibat di KBS. Lebih malang lagi, audit negara MENCIPLAK hasil pengauditan dalam KBS seolah-olah ianya adalah milik audit negara. Dan menjadi lebih-lebih malang lagi, laporan audit yang dirangkumkan selama 3 tahun itu dikeluarkan dengan memakai baju audit negara! 

Adalah menjadi kemusykilan adakah pegawai audit negara benar-benar berintegriti di dalam menjalankan pengurusan pengauditan? Mengapakah audit negara mengambil laporan ini sedangkan pihak audit dalam KBS tidak membentangkan terlebih dahulu di peringkat dalaman bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang diajukan? Atau audit negara membenarkan tangan-tangan iblis mengarahkan pegawai-pegawai audit ini bertindak mengikut kemahuan tangan iblis daripada menjalankan tugasan secara beretika dan profesional? 

Adakah sebenarnya pihak audit tidak berpuas hati apabila PAC memaklumkan bahawa tiada kepincangan sewaktu pengurusan Hari Belia Negara 2012 yang diumumkan di parlimen tempoh hari? Adalah menjadi harapan persoalan-persoalan ini dapat dirungkaikan dan dijawab dengan penuh etika dan berintegriti oleh Ketua Audit Negara kerana semua pegawai kerajaan memerlukan jawapan di atas tindakan pegawai-pegawai di Jabatan Audit Negara. Sebagai contoh semasa jawapan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kepada PAC di Parlimen tempoh hari jelas terpampar riak ketidakpuasan hati dan berasa malu yang ditunjukkan dari raut wajah Ketua Audit Negara di atas kesilapan BODOH yang dilakukan oleh pegawainya yang ditangkis oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. 

Agak menghairankan setelah jawapan yang dikeluarkan oleh PAC, namun masih ada lagi pengauditan dijalankan bagi sambutan Hari Belia Negara 2012. Adakah pihak audit telah menjalankan proses pengauditan sebanyak 2 KALI? Ini bermaksud pihak audit mempunyai DENDAM dan tetap mahu menjatuhkan individu tertentu walaupun PAC iaitu organisasi yang tertinggi di dalam memastikan integriti penggunaan wang kerajaan, telah pun menjelaskan bahawa tiada kepincangan malahan menggalakkan program sedemikian diteruskan pada masa depan. Adalah diharapkan kepincangan integriti Jabatan Audit Negara ini jika boleh diadili pula oleh PAC pada masa akan datang.

Sebagai makluman, ketidakwajaran dan pencemaran integriti terus dilakukan oleh pegawai di Jabatan Audit Negara apabila laporan audit kewangan Hari Belia Negara 2011, 2012 dan 2013 yang masih belum diperbincangkan di peringkat dalaman KBS telah dihantar ke SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM). Jabatan Audit Negara telah menjadikan SPRM pula sebagai KAMBING HITAM bagi memudahkan tugas mereka. Pegawai SPRM pula terpaksa menjalankan siasatan yang kebanyakan persoalan dalam laporan tersebut adalah tidak sahih. Implikasinya, pegawai-pegawai kerajaan hanya akan membuang masa dan menjadi tidak produktif. 

Terdapat beberapa program bertaraf antarabangsa yang dikendalikan di bawah KBS sejak sekian lama seperti Monsoon Cup dan LTdL tetapi mengapakah Hari Belia Negara yang menjadi pilihan? Adakah kerana apabila menteri dan KSU terdahulu telah keluar dari KBS maka ini adalah waktu yang sesuai untuk tangan-tangan iblis di KBS mencaturkan pegawai-pegawai audit bagi mencari kesalahan? Perkara ini boleh dijadikan iktibar oleh kerajaan Malaysia khasnya, kerana kementerian-kementerian yang lain juga boleh menerima nasib yang sama apabila organisasi kerajaan yang ditubuhkan boleh dijadikan kambing hitam. 

Kepada Jabatan Audit Negara, jalankanlah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan secara beretika dan berintegriti. Jangan biarkan organisasi ini diperkotak-katikkan kerana amanah dan tanggungjawab yang diberikan amatlah besar. Jangan jadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Ingatlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya ini adalah lebih makbul. InsyaAllah....

Cc: Tun Dr Mahathir Mohamad, PMO, Naib Presiden Umno, KJ, KSU-KSU Kementerian dan PAC.

Friday, 11 October 2013

Video Pramugari British Airways Mandi Yang Terlampau

sEnSasi: Pramugari British Airways mandi heboh di Youtube





Eight-minute tape shows one air hostess sliding off her uniform to reveal her underwear as the other rubs her down in the bath. A raunchy striptease video made by two women purporting to be British Airways stewardesses has become an internet sensation. The wet and wild tape begins with the two blondes getting into a bath in their full uniforms before one showers the other down.




Giggling and laughing, the naughty air hostesses then decided to ramp up the action. One hitches up the other's skirt to reveal a pair of sexy suspenders, then rubs soaps ALL over her body. The star of the show then proceeds to strip to her underwear, sliding off her skirt and blouse with a little help from her female accomplice.

Perhaps aware their antics are pushing the boundaries, the pair return to the more mundane activity of washing hair until the cameraman (or woman) decides to call it a day. The eight-minute video, entitled Sexy Two Air Hostesses in Uniform has no words just music, but has been viewed more than 115,000 times on YouTube.

But it might be time for the protagonists to hit the runway, as their employees have failed to see the funny side. A British Airways spokesman said: “We’re aware of the video. Investigations continue to establish their identity.”~ Mirror

Pasangan Blogger Seks Bikin Panas Lagiiiiiiii


Penulis blog seks kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee muncul di alam maya dengan klip video terbaru yang agak menganggu. Ia disiarkan di YouTube dan dipertahankan oleh peguam mereka bahawa ia sama sekali tidak melanggar syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Klip video dua minit bertajuk ‘Menyesal’ (Regret) itu tidak mengandungi unsur seks atau isu sensitif agama tetapi diakhiri dengan adegan Lee, bekas guru tadika, mengelar pergelangan tangannya. Peguam bagi pasangan itu, Chong Joo Tian memberitahu The Malaysian Insider bahawa Lee hanya memperlihatkan atau meluah perasaan peribadinya dan dia secara jelas tidak ada niat untuk membunuh diri.

"Mereka tidak melanggar mana-mana syarat jaminan memandangkan video itu sama sekali tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama, " kata Chong.Peguam itu menambah bahawa antara syarat ikat jamin yang dikenakan oleh mahkamah tidak menghalang pasangan daripada menggunakan Facebook. Tan dan Lee berhadapan dengan kontroversi apabila menyiarkan video seks mereka di YouTube dan dikatakan menghina umat Islam semasa bulan Ramadhan apabila menyiarkan sekeping gambar di Facebook sambil memakan bak-kut-teh (sup herba daging babi).

Mereka kini dalam perbicaraan bagi tiga pertuduhan yang menghina umat Islam melalui ucapan di Facebook dan gambar lucah di dalam blog mereka. Kedua-duanya didakwa di bawah Akta Hasutan , Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.

Mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30, 000 setiap seorang dan mahkamah telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang termasuk melarang mereka daripada memuat naik artikel , komen, gambar-gambar lucah atau apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Mereka juga dilarang daripada menggunakan apa-apa alat komunikasi untuk mengakses internet bagi memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan mewujudkan ketegangan kaum. Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 5 dan 6 Disember. Dalam klip video terbaru yang diarah dan ditulis oleh Tan , ia menunjukkan Lee memakai gaun musim panas duduk seorang di sebuah bangku di taman dalam keadaan muram seolah-olah mencerminkan pilihan yang telah dibuat dalam hidupnya.

“Sejak kecil, orang memberitahu saya untuk meneruskan impian saya, percaya pada diri sendiri, mencari suara anda sendiri. Ketika itu, segala-galanya adalah mudah."Sepanjang tempoh kedewasaan, ramai yang menyuruh saya berhadapan dengan realiti, pilih kestabilan. 

Jangan bercakap terlalu kerap. Namun, saya idealistik. Saya memilih jalan yang tidak pasti. Dan saya berkata terlalu kerap dan kuat, mereka yang berada di sekeliling mula berasa bangga membenci saya.“Saya rasa sukar untuk menjadi dewasa. 

Apabila saya mengikut kata hati, semua memberitahu ia salah. Saya buruk dan tidak bernilai.”"Malah, mereka yang saya sayangi juga tidak menyayangi saya lagi. Ia semua kerana saya mencabar idea mereka . Ia semua berlaku kerana saya memilih jalan hidup saya sendiri. “

"Kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah saya melakukan perkara yag benar adalah sesuatu yang betul. Secara jujurnya, saya sudah letih. Mereka menang. Saya sudah kalah. Saya telah berputus asa mendengar suara hati saya. Dan mereka semua seronok meraikannya. Bagi saya, kehidupan yang sudah diatur oleh orang lain tidak bernilai untuk dijalani.”

"Mungkin sudah tiba masanya untuk menamatkan perjuangan yang tidak bermakna. Hanya dengan satu jalan pintas," kata Lee dengan airmata yang bergenang.Adegan seterusnya memperlihatkan Lee mengelar pergelangan tangannya sebelum skrin gelap.Klip video telah dimuat naik pada Rabu dan telah dilihat sebanyak 4,875 kali. ~tmi

KETUA PEMUDA : PELUANG TERAKHIR "SINGKIR" KJ DAN LIBERAL!!!



RETORIK LA MELAYU LIBERAL!!!

Tahun ini sudah tidak boleh bawa bas ke Genting kan? Tapi tak risau sangat sebab dah jadi menteri ni lagi senang nak melobi. Sudah ada platform.

Ingatkan nak tutup dah cerita hal KP, tapi tertinggal lak satu point penting iaitu kenyataan akhbar Akhramsyah semalam yang membalas 'eye for an eye' kepada Tony Anjing Pua.

Kenapa tidak ada pemimpin Pemuda Umno BN yang berani balas ahPua bila dia tanpa segan silu mempertahankan keanjingan yang dilemparkannya kepada Utusan dan ROS ?

Bukankah baru ni Najib memuji Utusan sebagai lidah orang Melayu yang mempertahankan maruah bangsa Melayu bila dihina oleh kaum lain ? Tapi bila Tony Pua meng-anjing-kan Utusan, kenapa pemimpin Umno senyap ? 




Orang Umno semua marah ! Ramai yang bising, tidak puashati dan menuntut ahPua meminta maaf dan menarik balik kata2nya.

Itu ORANG UMNO...... tapi apakah PEMIMPIN UMNO mendengar luahan akar umbi yang diwakilinya ? 

Seriusli..... Dimana pemimpin Umno ketika orang Melayu memerlukan suara anda bagi membela maruah bangsa Melayu ? 

Waktu senang, waktu mendambakan sokongan, waktu membahagikan dana ...pemimpin2 Umnolah yang kedepan menjadi Juara Melayu, tapi bila maruah Melayu di anjingkan oleh Cina Rasis, kemana hilang suara anda ?

Adakah bersuara mempertahankan yang HAK itu juga dianggap sebagai RETORIK ? Apakah bila ada suara pemimpin muda Melayu bangkit dan mengherdik kembali ahPua dengan kata2 -

"Sebenarnya beliaulah (Tony) `anjing DAP' ...... "  itu dianggap sebagai RETORIK ?

Adakah bersuara diatas pentas umum dihadapan media dan menuntut -

"Sebagai seorang anggota Umno saya mendesak Tony memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno, kakitangan ROS dan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu celupar serta biadap sehingga melangkaui batas dan nilai-nilai murni kehidupan," - KLiK

..... itu juga dianggap sebagai RETORIK ?

Mungkin ada yang akan tuduh semua itu sekadar lakonan Akhramsyah, sebagai modal kempen bla bla bla ....... tapi kalau benar pun berlakon, sekurang2nya dia berani tampil mempertaruhkan imejnya sebagai seorang ULTRA MELAYU !

Kalau untuk berlakon pun tak sanggup takut masyarakat melihat dirinya sebagai seorang Ultra Melayu ..... apalagi yang boleh diharapkan dari pemimpin yang kononnya mahu mengangkat martabat Melayu  ? ?

Berlakon pun tak sanggup apatah lagi kalau Real !   Nah ..... keadaan telah memberi peluang kepada calon2 bagi jawatan Ketua Hulubalang Umno bagi menunjukkan contoh bilamana seorang pemimpin cina Rasis bertindak biadab menganjingkan lidah bangsa Melayu dan sebuah agensi kerajaan Melayu ...... siapakah yang tampil menyahut cabaran itu ?


Demi menjaga hati kaum cina yang sering memuji2nya dan demi menjaga status keLIBERALannya dari tercalar, Ketua Pemuda Umno-BN memilih untuk berdiam diri dan merelakan semuanya ...... PANTANG ANAK MUDA UMNO-BN DILIHAT SEBAGAI ULTRA MELAYU !

Memetik kata2 YB Zul dari artikel terbarunya ( KLiK )

Seorang pemimpin UMNO perlu sedar dia dipilih oleh ahli UMNO. Dia ada di puncak kerana UMNO. Sebab itu dia perlu sedar pertanggunjawaban dia kepada UMNO. Dia perlu tahu apa dia perjuangan UMNO, dan apa yang perlu dia capai.

Untuk menjadi pemimpin UMNO seseorang itu harus sedar apa itu UMNO?

UMNO adalah sebuah parti yang ujud kerana orang Melayu. Tanpa Melayu tidak ada UMNO!!!

Dan Melayu itu cirinya wajib Islam. Tanpa Islam tidak ada Melayu!!!

Maka sifir politiknya ialah UMNO mesti dan wajib memperjuangkan Islam dan Melayu!!! 

Oleh itu, ahli UMNO wajib menolak mana-mana calon yang tidak meletakkan perjuangan memartabat dan memperkasa bangsa Melayu dan agama Islam. Apatah lagi mereka yang malu dan tiada keberanian meletakkan kepentingan Melayu dan Islam sebagai keutamaan perjuangan. 

Ini juga bermakna perwakilan wajib menolak pemimpin-pemimpin yang korup, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menjalani kehidupan maksiat dan mungkar. Ini adalah jenis kepimpinan yang akan menjahanamkan UMNO; merosakkan bangsa Melayu! 

Soalnya bukan samada pemimpin yang hendak dipilih itu boleh membawa UMNO memenangi PRU-14 atau tidak, tapi soalnya ialah samada mereka boleh membawa UMNO kepada keredhaan ALLAH swt.

Dan apabila kita mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan membuka pintu kejayaan dari segala arah dan pelusuk, termasuk daripada sumber yang kita sendiri pun tidak jangka!

Tapi kalau nak bersuara pun tidak mampu ......... ? 

Nak dilihat sebagai Ultra Melayu pun malu ...... ? 


Blogger Sifu JMD ada menulis panjang lebar dengan link2 kepada artikel2 lamanya mengenai KJ di SINI, WAJIB baca kepada pemuda2 Umno yang terlalu menyanjung tinggi kebolehan KJ .... mungkin anda ingin tahu SIAPA KJ sebenarnya.

Kepada mereka yang mempertikaikan SIAPA AKHRAMSYAH ni .... tak pernah dengar pun namanya sebelum ini ?

SIAPA PULA KJ sebelum tahun 2004 ? Macamana dia boleh menang TANPA BERTANDING jawatan Naib KP ? 

Adakah KJ menang tanpa bertanding atas dasar MERIT ? Apa sumbangannya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair  yang menakutkan sesiapapun Pemuda UMNO untuk menawarkan diri bertanding untuk kerusi no 2 Pemuda ?

Tanpa kemenangan percuma sebagai Naib Ketua Pemuda itu, apakah KJ mampu untuk bertanding jawatan KP tahun 2009 ? Walaupun didapati bersalah ( GUILTY ) dalam RASUAH POLITIK WANG !

Dan ada pula yang bertanya, apa salahnya pembangkang begitu menyanjungi KJ, bukankah itu dianggap sebagai satu kelebihan ! ? ? Buta ke ? ?

Makanya saya menyeru kepada pemuda2 UMNO, pilihlah seorang Ketua Pemuda yang tidak malu untuk dilihat sebagai seorang Ultra Melayu, pilihlah calon No 3 - Akhramsyah !

Demi MARUAH Bangsa Melayu !

PS - Ni baru betul Last kopek  

PS2 - Alamak, ada satu lagi la pulak point tertinggal .... hmmmm pagi esok la..


Monday, 9 September 2013

KJ DITOLAK DALAM ONLINE SURVEY?




Blogger Helen Ang ada membuat satu bancian. Pungutan Klik untuk melihat sejauhmana orang menyokong atau tidak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda. Entah apa tujuan beliau, saya tak tahu tapi menarik juga untul melihat hasilnya.



Diatas adalah printscreen hasil keputusan setakat jam 6:30 petang tadi selepas saya buat pilihan.


Sekadar seronok2, jom KLiK !


Tuesday, 3 September 2013

KJ Kena Tibaiiiiiiiiii Lagiiiiiiiiii Boh..

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan. 

Katanya, beliau sepatutnya menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam pilihanraya umum lalu. 

Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya. 

“Ia tidak kena mengena dengan Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam pilihanraya?” soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan “Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan”. 

Khairy hari ini mengulas desakan Irwan yang menulis dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai, 

Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu. 

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik. 

“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? 

“Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya di majlis hari raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. 

Ibrahim menambah beliau kalah di Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri. 

“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya. 



Namun demikian beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu. 

Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya. 

“Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?” katanya lagi. 

Beliau berkata Khairy jangan angkuh selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia menantu Perdana Menteri. 

“Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu,” jelasnya. 

Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu. 

Mengulas kenyataan Khairy Perkasa ada apa, Ibrahim berkata , “Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri”