
Bukan
sekali dua, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 25, buat perangai dan
mencabar undang-undang negara ini. Bahkan mereka pernah dipanggil untuk
memberi keterangan di Bukit Aman. Singapura dan universiti tempat mereka
belajar telah bertindak, namun di Malaysia mereka masih bebas lepas dan
mereka untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa sedikit pun takut dengan undang-undang mahupun penguatkuasa undang-undang.
Pasangan tersebut berasakan mereka sudah terlalu kebal dan tidak dapat
disentuh oleh sesiapa pun. Apatah lagi, di belakang mereka terdapat
ahli-ahli politik yang hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan
bagi membuktikan kononnya mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu
mengajar rakyat negara ini agar berfikiran sama seperti mereka.
Apa sangatlah dengan video dan budaya seks liar, kalau dibandingkan
dengan RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA, kata mereka. Justeru, dosa Alvin
Tan dan Vivian Lee kepada masyarakat negara ini, tidaklah sebesar mana
sehingga memerlukan mereka dihukum.
Ekoran penyebaran gambar
makan BAK KUT TEH bersama-sama ucapan SELAMAT BERBUKA PUASA yang dilihat
bermotifkan penghinaan terhadap agama Islam, banyak pihak yang
melakukan tekanan terhadap pasangan berkenaan. Beberapa laporan polis
telah dibuat oleh pelbagai golongan termasuklah dari masyarakat Cina dan
India walaupun tiada seorang pun daripada mereka adalah dari DAP atau
PKR.
Pasangan berkenaan cuba bertahan dengan penghinaan yang
dilakukan terhadap umat Islam dan amalan Islam sehinggalah apabila akaun
Facebook mereka dibatalkan. Namun sebagai manusia yang tidak tahu
diuntung, pasangan tersebut sekali lagi menyeranah semua pihak yang
telah menyebabkan akaun Facebook mereka dibatalkan oleh pengendali laman
sosial tersebut.
Telah kecoh yang SKMM akan memanggil
kedua-duanya untuk memberi keterangan berhubung penghinaan yang telah
dibuat. Namun ramai yang melihat tindakan tersebut sebenarnya hanyalah
untuk memenuhi protokol semata-mata tanpa sebarang tindakan dikenakan
terhadap mereka. Apatah lagi dengan status sebagai BANGSA CINA di
Malaysia, Alvin dan Vivian pastinya akan bebas dan terlepas daripada
sebarang tindakan.
Lainlah kalau Alvin dan Vivian tu bernama
Ahmad dan Aminah, mereka mungkin tidak akan bebas lama kerana yang
menanti mereka adalah tindakan undang-undang.
Penghinaan
terhadap Islam dan orang Melayu-Bumiputera seakan-akan sudah menjadi
pesta bulanan. Ada-ada sahaja cara dan kaedah yang digunakan untuk
memalukan dan memperlekehkan Melayu-Bumiputera dari paling utara Perlis
sehinggalah ke bahagian paling utara Sabah. Puak-puak berkenaan sentiasa
mempunyai idea-idea besar untuk melakukan provokasi.
Kemudian,
apabila mereka dalam keadaan tertekan, mereka akan meminta maaf. Melayu
dan Bumiputera di negara ini, dengan cepat memaafkan perbuatan mereka.
Tidak cukup dengan itu, ada pula Melayu-Bumiputera yang
bersungguh-sungguh pula membela dan menekankan tentang perlunya
melupakan perbuatan jahat dan khianat puak-puak berkenaan.
Kalaupun bukan mereka yang mengulanginya, akan ada individu yang
sebangsa dan seagama dengan mereka mengulangi semula perbuatan menghina
Islam dan Melayu-Bumiputera. Sekali lagi Melayu-Islam dan penganut Islam
di negara ini melompat-lompat marah. Dan individu-individu berkenaan
akan meminta maaf sebelum ada rakan-rakannya yang lain mengulangi pula
perbuatannya.
Itulah yang berlaku. Umat Islam di negara ini,
hanya mampu marah dan mengkritik dasar kerajaan yang terlalu memanjakan
dan memuakan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Umat Islam dan
orang Melayu-Bumiputera hanya mampu melihat dan kemudian menelan segala
kemarahan walaupun pada masa yang sama, puak-puak seperti Alvin dan
Vivian ketawa terkekeh-kekeh kerana kebejatan Melayu-Bumiputera untuk
mengambil tindakan sewajarnya setelah pihak berkuasa dan kerajaan gagal.
Yang pastinya, seperti ramai yang menduga, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap pasangan berkenaan.
Sumber