PENULIS tadi berkesempatan mendengar
kempen politik PAS yang diadakan di sebuah bazar Ramadhan di pekan Kuala
Besut, tidak jauh dari markas operasi BN. Macam-macam cerita yang
keluar, dari soal menyokong negara Islam sehinggalah kepada perbandingan
dengan beberapa negeri yang tidak bercuti pada hari Jumaat.
Apa kaitan pun tak tahulah, tapi itulah
yang disebutkan sebentar tadi oleh seorang penceramah yang pernah ada
kes menghina Sultan Johor satu ketika dulu
Cuma penulis suka nak sentuh disini yang
semua penceramah dalam kempen politik yang penulis dengar itu tadi hanya
membawakan isu Islam dan Islam semata-mata. Tidak sebut tentang minyak
turun, PTPTN hapus, royalti dan sebagainya. Walhal inilah modal
terbesar nak dapat undi dalam PRU13, dengan kempen di Kuala Besut (pada
waktu itu) pun tidak terkecuali.
Tak caya, tengok gambar kat bawah ni:-
Walaupun begitu, penulis rasa hairan
kerana sepanjang ceramah itu tadi, nama Pakatan Rakyat langsung tak
kedengaran. Sekali rasa, penulis macam bukan berada pada tahun 2013
tapi tahun 80-an dan 90-an dimana pada waktu itu PAS memang tidak ada
modal lain untuk menarik undi, melainkan Islam semata-mata.
Nak kata PAS dah keluar dari Pakatan
Rakyat, tak pulak dengar. Lagipun, Pakatan Rakyat ini pertubuhan tidak
berdaftar, mana ada cerita keluar masuk parti ni.
Jangan kata itu, nama PKR dan DAP pun
langsung tidak disentuh, sebaliknya penceramah lebih banyak mengaitkan
PAS dengan Islam, PAS sebuah parti Islam, PAS akan melaksanakan hukum
Islam dan seumpama dengan itu.
Dari apa yang penulis faham, PAS sudah
tahu bahawa Pakatan Rakyat dan pendekatan-pendekatannya sangat tidak
sesuai dengan suasana kempen di kawasan majoriti Melayu seperti Kuala
Besut ini. PAS lebih selesa guna taktik dan pendekatan lama untuk
menarik perhatian pengundi kepada parti yang berlambangkan bulan
tersebut.
Malah tidak keterlaluan kalau penulis
katakan, di Kuala Besut ini PAS jadi sesumpah. Hilang terus cerita
Pakatan Rakyat, sebaliknya semua cerita tentang PAS dan PAS semata-mata.
Melihat kepada keadaan ini, percayalah
sampai bila pun pakatan politik Pakatan Rakyat ini tidak akan
didaftarkan. Kalau ia didaftarkan dan semua parti komponennya
bertanding atas lambang yang sama, PAS tidak akan berjaya menarik isu
berkaitan Islam ini untuk digunakan bagi menarik sokongan terhadap parti
tersebut.
Inilah sebenarnya cara pembangkang menipu
kita semua. Politik depa ikut keadaan. Kalau dibandar yang ada
pelbagai kaum, guna slogan ‘PAS For All’, tapi bila masuk kawasan yang
majoriti Melayu, bawaklah keluar cerita Islam ni semua.
Haram tak haram parti yang kononnya memperjuangkan Islam macam ini.
No comments:
Post a Comment