Showing posts with label Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label Kuala Besut. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik #KualaBesut


Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik.

Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti.

"Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya ringkas ketika ditemui di sini, Sabtu.

Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat.

"Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.

Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. 


Sumber

PRK Kuala Besut: Dalam Kempen PAS, Nama PR Langsung Tak Sebut!! #KualaBesut

PENULIS tadi berkesempatan mendengar kempen politik PAS yang diadakan di sebuah bazar Ramadhan di pekan Kuala Besut, tidak jauh dari markas operasi BN.  Macam-macam cerita yang keluar, dari soal menyokong negara Islam sehinggalah kepada perbandingan dengan beberapa negeri yang tidak bercuti pada hari Jumaat.

Apa kaitan pun tak tahulah, tapi itulah yang disebutkan sebentar tadi oleh seorang penceramah yang pernah ada kes menghina Sultan Johor satu ketika dulu

Cuma penulis suka nak sentuh disini yang semua penceramah dalam kempen politik yang penulis dengar itu tadi hanya membawakan isu Islam dan Islam semata-mata.  Tidak sebut tentang minyak turun, PTPTN hapus, royalti dan sebagainya.  Walhal inilah modal terbesar nak dapat undi dalam PRU13, dengan kempen di Kuala Besut (pada waktu itu) pun tidak terkecuali.
Tak caya, tengok gambar kat bawah ni:-

Walaupun begitu, penulis rasa hairan kerana sepanjang ceramah itu tadi, nama Pakatan Rakyat langsung tak kedengaran.  Sekali rasa, penulis macam bukan berada pada tahun 2013 tapi tahun 80-an dan 90-an dimana pada waktu itu PAS memang tidak ada modal lain untuk menarik undi, melainkan Islam semata-mata.

Nak kata PAS dah keluar dari Pakatan Rakyat, tak pulak dengar.  Lagipun, Pakatan Rakyat ini pertubuhan tidak berdaftar, mana ada cerita keluar masuk parti ni.

Jangan kata itu, nama PKR dan DAP pun langsung tidak disentuh, sebaliknya penceramah lebih banyak mengaitkan PAS dengan Islam, PAS sebuah parti Islam, PAS akan melaksanakan hukum Islam dan seumpama dengan itu.

Dari apa yang penulis faham, PAS sudah tahu bahawa Pakatan Rakyat dan pendekatan-pendekatannya sangat tidak sesuai dengan suasana kempen di kawasan majoriti Melayu seperti Kuala Besut ini.  PAS lebih selesa guna taktik dan pendekatan lama untuk menarik perhatian pengundi kepada parti yang berlambangkan bulan tersebut.

Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, di Kuala Besut ini PAS jadi sesumpah.  Hilang terus cerita Pakatan Rakyat, sebaliknya semua cerita tentang PAS dan PAS semata-mata.

Melihat kepada keadaan ini, percayalah sampai bila pun pakatan politik Pakatan Rakyat ini tidak akan didaftarkan.  Kalau ia didaftarkan dan semua parti komponennya bertanding atas lambang yang sama, PAS tidak akan berjaya menarik isu berkaitan Islam ini untuk digunakan bagi menarik sokongan terhadap parti tersebut.

Inilah sebenarnya cara pembangkang menipu kita semua.  Politik depa ikut keadaan.  Kalau dibandar yang ada pelbagai kaum, guna slogan ‘PAS For All’, tapi bila masuk kawasan yang majoriti Melayu, bawaklah keluar cerita Islam ni semua.
Haram tak haram parti yang kononnya memperjuangkan Islam macam ini.